nur kebangkitan islam

Blogger Template by Blogcrowds

prebet sapu @ penyapu

Friday, May 8, 2009

PREBET SAPU @ PENYAPU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG…

Salam sejahtera dan salam perjuangan kpd sahabat2 yg berada di mana sahaja tak kira yang ada di vista,di mawar,di melati mahupun di asrama…tinggal bberapa hari sja lagi pelajar baru akan mendaftarkan diri mereka sbagai pelajar kuis…AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM…kpd pelajar baru yg akan memegang amanah sebagai hamba Allah yang beriman dan berjihad di jalanNya…teruskan perjuanganmu berjihad ilmu di jalanNya dan lebih khusus lagi di bumi kuis…

Maudu’ yang ana bawa kali ini adalah utk membincangkan juga mencari jalan yg terbaik bagi membela nasib sahabat2 kita yg menjadi mangsa dek sikap yg tdk berperikemanusiaan oleh segelintir pak-pak prebet sapu yg menyediakan perkhidmatan keretanya di kolej kita…lebih2 lagi pelajar baru yg akan masuk tdk lama lagi sebahagian besar mereka baru hendak mengenali ALAM IPT…OKI…

Adik mau kemana? Vista, mawar,dahlia @ ktm…boleh saja…yg penting smpai saja ke destinasi sediakan wang secukpnya…brapa bang? 3 ringgit seorang…tu kes yg prtama, brapa bang? 6 rinngit…haa mahalnya? Dah tgh malam dik… nak tak nak terpaksalah jugak kna bayar kpd pak2 peyapu duit ini… ini adalah antara bberapa shabat ana mnceritakan rasa tidak puas hati mreka terhadap sikap segelintir pak2 prebet sapu ini yg ingin membantu ttp dalam masa yg sama menyapu duit sahabat2 kita dgn cas perkhidmatan yg MAHAL@ HISAP DARAH…macam DRAKULA pulak huhu…MAHAL BEB…

Ini baru kes cekik darah, belum lagi kes bwak ke semak? Apa kes? Baru2 ini 1 kes telah berlaku dimana apabila seorang pelajar perempuan(KUIS) telah di rogol setelah menaiki sebuah kereta prebet sapu ini pada waktu tgh malam…sebelum kejadian dia telah di bawa berlegar-legar ke tmpat yg bukan nak pulang ke kuis ttp ke tmpat projek(mega)…HAAA? setelah siap projek dia di tinggalkan bgitu shaja… waduh-waduh sungguh menyedihkan, Alhamdulillah laporan polis telah dibuat…ttp prbuatan tdk senonoh ini tdk akan berhenti selagi mana pihak pentadbiran kuis tdk membuat sesuatu bagi membndung gejala tidak sihat ini akan berterusan…

Apa yang penting? KERJASAMA… sebagai mahasiswa yg di kurniakan akal utk berfikir tdk boleh tdk kita harus bangkit dan bersuara bagi menyatakan hak dan MARUAH kita sebagai mahasiswa TERBELA… ana bercadang agar pihak pentadbiran menyediakan beberapa buah bas atau van utk ulang-alik ke ktm, ya… memang kita akui sebelum ini ada perkhidmatan yg mreka sediakan, ttp ia amat terhad…sebagai contoh kita lihat di ipt lain, mereka ada perkhidmatan teksi mereka sendiri, sedikit-sebanyak dapat membendung gejala tdk sihat apa yg pernah berlaku di tmpat kita… juga a’bila adanya perkhidmatan bas @ van kuis ini mungkin kos sesuatu tempat khususnya ke ktm lebih murah drpda prebet sapu…dan perkara2 spt cabul @ rogol tdk akan berlaku lagi sekiranya kita mempunyai perkhidmatan yg di khaskan oleh pentadbiran kpd pelajarnya…KEBAJIKAN KITA BEB…

Bangunlah mahasiswa dari tidur mu… takkan kita nak lihat mangsa seterusnya adik2 bru ni…kesian mereka lagi2 mereka yg tdak mempunyai kenderaan… BERSAMA KITA BERJIHAD DI JALAN ALLAH S.W.T, wassalam…

Memelihara Ketulenan Perjuangan

Tuesday, May 5, 2009
erjuangan tidak hanya berasaskan semangat malah penglibatan kita bersama PAS sebagai sebuah parti politik juga bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi .

Sebaliknya penglibatan [ intima' ] kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam .

Apa yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam .

Inilah cita - cita murni yang sekali - kali tidak boleh kita benarkan ianya dipengaruhi oleh nafsu dan dikuasai oleh aqal yang terpisah dari wahyu . Justeru cita - cita ini terlalu suci untuk dipengaruhi selain Iman yang tidak berbelah bahagi dan Islam sebagai risalah as samawi .

Malang sungguh apabila perjuangan ini dicampur aduk dengan desahan nafsu yang memburu ruang untuk menyerlah populariti dan publisiti malah membina indentiti diri tanpa memperduli ketulenan manhaj rabbani .

Barangkali kita akan ketemui apa yang diburu biarpun hanya mengatas namakan perjuangan Islam ini . Persoalannya , berbaloikah perjudian itu ?

Siang malam bergelut menghadapi ancaman . Saban waktu pula meredah rintangan . Bersama perjuangan ini dengan mengambil pelbagai risiko yang mungkin membinasakan diri , hanya semata - mata untuk menggapai cita - cita peribadi yang berpaksi kepuasan naluri .

Ketulenan Perjuangan

Perjuangan yang disertai ini adalah untuk sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam . Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah . Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah . Sengsara dan deritanya didepani dengan sabar . Perit jerih atas segalanya menjadi ibadah yang ditekuni tanpa mengalah .

Malang 1001 kali malang andai perjuangan ini tidak ubah seperti batu loncatan untuk memenuhi cita - cita politik . Mencari pengaruh , jawatan dan gelaran . Sukar kita memelihara ketulenan perjuangan yang didokong ini jika kita gagal membebaskan diri sepenuhnya dari pengaruh nafsu dan kepentingan duniawi .

Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya . Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .

Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skima amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama' al a'milin al mujahidin yang memimpin ummah .

Satu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan an nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi . Lebih malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami .

Demi memburu kemenangan dalam pilihanraya sebagai contoh , walaupun tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali - kali kita tidak boleh meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik .

Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka . Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik .

Politik Islam kaya dengan akhlak , moral dan prinsip yang tidak memungkin ianya di beli apalagi dirasuah lantaran paksinya ialah Iman dan Islam .

Ketulenan manhaj perjuangan jua tidaklah dinilai semata - mata dipentas politik pilihanraya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat keputusan jamaah , bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli , bagaimana kita beraksi di medan dakwah , bagaimana kita mendepani musuh , bagaimana kita bertahaaluf dan sebagainya .

Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura , dengar dan taat , thiqah , istiqamah , wala' , ukhuwwah , ikhlas dan lainnya mewarnai diri , sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang .

Kita adalah Sebuah Gerakan Islam . Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau dimana posisinya . Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini , kita tidak boleh mencairkan nilai atau standard value bagi sebuah gerakan Islam .

Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan . Tetapi saya tegaskan sekali lagi , ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara . Jangan kita abaikan ketulenannya semata - mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang .

Ingat ! menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah . Justeru itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci ini .Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah !
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi at